Saturday 25 February 2012

DARI KEGELAPAN KE SINAR CAHAYA TERANG

Saudara Baru 

Firman Allah Bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Ali Imran Ayat 31 

 

Konsep Hijrah25 November 2011 08:431. Konsep Hijrah Pada Sudut Era Globalisasi

Hijrah dari sudut era globalisasi, juga meliputi perubahan dan penghijrahan dari aspek-aspek fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan pelbagai keadaan kehidupan. Dalam hal ini Allah menjelaskan sebahagian besar ungkapan reformasiNya pada ayat 11 Surah al-Ra'd:

إن الله لا يغير مابقم حتى يغيروا ما بأنفسهم...

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,''

Kita lihat betapa pentingnya perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang. Yang pasti, ia akan membawa banyak kepada perubahan yang lebih baik, kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi kepentingan hidup di dunia ini dan bekalan di akhirat nanti.

2.  Konsep Hijrah Dari Aspek  Masa,

Hijrah amat menitikberatkan pengurusan  masa supaya manusia itu tidak berada dalam kerugian, sebelum ia habis dan berakhir dengan kematian. Malahan peringatan tegar ini telah di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya:

 والعصر* إن الإنسـنلفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوالصلحات وتواصوابالحق وتواصوابالصبر
Maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.


Sementara itu Rasulullah s.a.w menegaskan lagi dalam sabdanya yang bermaksud: “ Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ” iaitu:

1. Masa muda sebelum tua.
2. Masa kaya sebelum miskin.
3. Masa lapang sebelum sempit. 
4. Masa sihat sebelum sakit dan
5. Masa hidup sebelum mati.

yang jelas memperhitungkan bahawa keseimbangan pencapaian dan kemajuan amat diperlukan, bukan saja dalam melaksanakan khidmat atau ibadat, malahan proses mempertingkatkan darjah ketaatan, keimanan dan ketaqwaan ke hadrat Allah. Dalam hubungan ini, era globalisasi akan menguji dan menilai kebijaksanaan manusia mempergunakan masa agar tidak lalai dengan arus kemajuan.

3. Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri. Penghijrahan ini dilakukan secara senyap bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil secara berperingkat-peringkat. Malah penghijrahan nabi bersama Abu Bakar ke Madinah mempunyai hikmahnya tersendiri. Mereka merupakan kumpulan akhir berhijrah bagi tujuan mengabui mata kaum musyrikin.

Dari segi istilah, perkataan hijrah berasal dari akarnya, daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud; berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain; atau ; berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; Dalam al-Qur`an, di antara ayat-ayat yang mengandungi kata hijrah ialah surah al-Muddaththir, surah al-Ankabut, surah al-Muzzammil dan al-Nisa;.Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan perbuatan dosa sebagaimana dalam surah al-Muddaththir ayat 5;

والرّجزفَاهْجُرْ
Maksudnya:  Dan Segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.


.Hijrah juga adalah suatu usaha yang dilakukan kerana menunaikan perintah Allah. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Ankabut ayat 26:

فئامن له لوط وقال إنى مهاجر إلى ربّي إنه هوا العزيز الحكيم

Maksudnya: setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Nabi Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan;.Ia juga bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik, melalui uzlah pemikiran dan kerohanian dengan cara yang bijaksana, sebagaimana dalam surah al-Muzzammil ayat 10;dan bersabarlah terhadap apa yangmereka (orangkafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik;. Hijrah juga merujuk peringatan Allah kepada kaum muslimin bahawa orang kafir sentiasa berusaha menjadikan kaum muslimin bergantung kepada mereka dan menjalanikehidupan seperti mereka. Dalam surah an-Nisa; ayat 89 bermaksud:

;Mereka (orang kafir) ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,sehingga kamu akan menjadi sama seperti mereka. Maka janganlah kamu menjadikan mereka sebagai penolongmu hingga mereka berhijrah pada jalan Allah; Berdasarkan sifat dan keistimewaan bahasa Arab bahawa setiap terbitan perkataan dari satu kata akarnya.

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Tinggi, berfirman:


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.´ (Surat AtTaubah: 20-22).

Beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijrah. Tahun dalam agama kita adalah Tuhan Hijrah. Maka itu adalah penting untuk kita mengingati makna dan kepentingan Hijrah itu sendiri. Hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Maka itu tidak hairanlah jika Khalifah Umar (ra) memilih Hijrah untuk menjadikannya kalendشr atau tahun Islam. Secara fizikal, Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya 300 batu.Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia juga menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru bagi umat manusia.Islam berkembang bukan sahaja kerana Hijrah secara fizikal, tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi Hijrah. Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda juga merubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu. Adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW itu. Banyak pelajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan dalam hidup kita

2.    Hijrah Melahir Modal Insan Terbilang

Sempena kita berada di awal tahun baru 1433H, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

 ومن يهاجرفي سبيل الله يجد في الأرض مرغم كثيرا وسعةومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما
 
Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah s.w.t Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Sedar atau pun tidak pada 27 November 2011 ini, kita akan memasuki tahun 1433H 1 Muharram. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap kalendar Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian.Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan kalendar Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadhan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada kalendar Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan kalendar Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah. Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w., tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah s.w.t. Jelas sekali hubungan rapat diantara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah s.a.w. kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah.

Oleh itu  mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwabersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan ³Budaya Hijrah´ dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasai) yang bermaksud:

“ Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.´Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah s.a.w. ialah:.

1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam,seperti Sa’ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.

2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri.Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengautkeuntungan di atas perpecahan orang lain.Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari inimenggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat(‘Asabiah). Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.


Jika Rasulullah s.a.w. berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati mereka. Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja system pemerintahan, perundangan, pendidikkan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan. Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu.

 Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74

والذين ءامنوا من بعد وهاجروا وجاهدوا في سبيل الله والذين ءاوواوّنصروا أولئك هم المؤمنون  حقا لهمّ مغفرة ورزق كريم 

Yang bermaksud: Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah danmereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia´.

Sumber: Jabatan Kemajuan IslamMalaysia

 

Kisah Benar Dari Pengakuan Seorang Saudara Baru yang Memeluk Islam                  (Jan 23, 2006)




Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar. Sebarkan lah, untukpengetahuan muslimin dan muslimah..... Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)> > Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunyaprogram khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. ! Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloidari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;  Mengapa orang Islam sembah kaabahSebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, KristiandanIslam adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan! saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.  Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsep ketuhanan Jesus. Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berj! ubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan olehUstaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergeg! as masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerjadengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukankuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar sa! ya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.... Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contahpelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya ! pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah i! ni mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah...


( HARAPAN KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KHASNYA DATO' KHALID NORDIN, SAMADA TAK TAHU, TAK DIBERITAHU ATAU TERLEPAS PANDANG, JENGUK-JENGUKLAH KE IPT YANG DIMAKSUDKAN SEBELUM KUDIS MENJADI BARAH, TAK MENGAPA KALAU MENYAMAR SEBAGAI PELAJAR IPT BERKENAAN ) 


Selasa, 21 April 2009


Kisah Saudara Baru - Aishah bahagia dalam nur Islam

SELESAI dua kalimah syahadah dilafazkan, hatinya terasa terlalu aman seperti dinginnya air yang mengalir di bawah terik matahari meresap ke seluruh anggota. Hatinya bergetar dan terharu kerana niat yang disimpan sejak remaja akhirnya dimakbulkan.
Menurut Siti Aishah Abdullah, 24, seorang saudara baru sejak 2002, tidak ada perkataan yang mampu diluah untuk menggambarkan perasaannya saat itu, hanya air mata kesyukuran yang tumpah mengiringi keredaannya memilih Islam sebagai pegangan hidup.
Akuinya, ia mendamaikan hati malah semakin yakin dengan apa yang dilakukan kerana ahli keluarga terdekat terutama emak dan ayahnya tidak membantah haluan yang dituju.
"Aishah sungguh terharu kerana jalan Aishah lebih mudah, tidak seperti kelaziman yang ditempuh oleh orang lain yang mempunyai hasrat serupa kerana ibu bapa tidak membantah," jelasnya.
Selalunya babak yang kita dengar, tentangan yang keras sehingga ada yang memusuhi darah daging sendiri dan lebih teruk lagi mereka tidak lagi mengaku anak dan menghalau keluar daripada keturunan.
"Sebaliknya Aishah sangat-sangat bersyukur kerana emak dan ayah yang berketurunan Cina dan menganut agama Buddha tidak membantah, sebaliknya banyak memberi sokongan moral," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis tudung, pakaian siap termasuk kurung dan baju Melayu, wanita berasal dari Kemboja ini juga menjual kain batik, kain pelikat dan telekung di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan.
"Aishah suka berniaga kerana daripada apa yang dipelajari melalui pembacaan atau mendengar ceramah agama di masjid-masjid, isteri Rasullullah SAW, Siti Khadijah juga gemar berniaga malah menjadi saudagar yang berjaya ketika di zamannya.
"Hati berasa tenang dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan walaupun kerenah dan ragam mereka ada kalanya memang mencabar kesabaran dan keimanan," ujarnya.
Sejujurnya kata Aishah, sejak beliau memeluk Islam ketika usia menginjak 19 tahun, hatinya lebih lembut dan mudah diajak berbincang jika berlaku apa-apa masalah berbanding sebelumnya.
Sebelum ini di negara asal kata Aishah, ketika usia menginjak remaja, hatinya sering memberontak dan mudah marah jika timbul perkara yang tidak disenangi.
Namun, selepas memilih Islam sebagai pegangan hidup, beliau lebih positif dan berfikiran lebih terbuka dan matang.
Menurutnya, antara sebab mudah menerima ajaran Islam kerana sejak kecil beliau mempunyai ramai teman di kalangan yang beragama Islam di kampung halaman di Siamreap, Kemboja.
"Pada tahun 2000, Aishah pernah melancong ke negara ini dan berkenalan dengan seorang wanita yang tinggal di Kota Bharu dan mengambil Aishah menjadi anak angkatnya.
"Melalui kenalan itu, Aishah belajar berniaga kain dan menjahit. Secara tidak langsung belajar mengenai agama Islam lebih mendalam dengan sokongannya," katanya.
Kecekalan hatinya memeluk Islam dan ketenangan yang sering terpancar di wajahnya turut mempengaruhi ahli keluarga yang lain.
Abangnya, Mohamad Yusof Kim, 27, menunjukkan minat yang mendalam dan akhirnya dengan dorongan Aishah, dia selamat melafazkan dua kalimah syahadah pada tahun 2003.
Persetujuan abang sulung untuk bersamanya memilih Islam amat menggembirakan dan dia bersyukur kerana abangnya turut mendalami Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
"Aishah sungguh terharu dan sentiasa berdoa agar kesemua ahli keluarga juga terbuka hati untuk memeluk Islam dan Allah makbulkan doa tersebut apabila adik lelaki, Abdul Haq Kim, 22, juga memeluk Islam pada awal bulan Ramadan lalu," ujarnya terharu.
Sambutan hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna kerana Abdul Haq meraikannya buat kali pertama sebagai seorang muslim.
Melayari kehidupan sebagai saudara baru, banyak cabaran yang dilalui walaupun mendapat bimbingan daripada Perkim peringkat negeri.
Sejak memeluk Islam dan menetap di negara ini, hidup Aishah seperti perjalanan cerita dalam drama di televisyen.
Katanya, dalam usia 24 tahun dia telah bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 3, dan Wan Nor Salwa, 2.
"Hakikatnya apa yang Aishah lalui, tidak pernah terlintas pun akan terjadi namun Aishah reda dengan ketentuan hidup yang Allah tentukan dan yakin ia ada hikmahnya.
"Aishah kini lebih berdikari untuk menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, sewa kedai, perbelanjaan anak-anak termasuk juga menanggung keluarga yang berhijrah ke negara ini," katanya.
Status janda katanya, tidak mengubah pendiriannya terhadap Islam walaupun di peringkat permulaan merasa amat kecewa dan hampir hilang pertimbangan diri.
"Mujur nasihat kenalan rapat dan sokongan moral keluarga terutama ayah, Kim Tee, 62, yang kini tinggal bersama Aishah banyak membantu.
"Aishah perlu kuatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan kerana setiap kali terpandang wajah anak-anak yang masih kecil, terasa sedih dan pilu," ujarnya.
Walaupun gagal dalam perkahwinan, namun sebagai wanita ini reda dengan ujian yang menimpa malah berhasrat membawa kedua ibu bapa dan dua lagi adiknya di Kemboja memeluk Islam pada bila-bila masa sahaja yang mereka persetujui.

Alam Temukan Ibrahim Dengan Allah

Ibrahim Karlsson dilahirkan dalam sebuah keluarga berbangsa Sweden yang sederhana, tanpa pegangan agama namun kehidupan mereka sentiasa kaya dengan kasih sayang. Dalam tempoh hayat 25 tahun, tidak pernah langsung terlintas di fikiran Ibrahim tentang kewujudan Tuhan mahupun yang berkaitan kerohanian kerana dia tergolong dalam kategori lelaki materialistik.
Pun begitu, dia masih boleh ingat sebuah cerita imaginasi yang ditulis sewaktu di dalam gred tujuh tentang kehidupan masa depannya, di mana dia membayangkan diri menjadi seorang pengatur cara permainan yang berjaya walaupun langsung tidak pernah menyentuh komputer dan berkahwin dengan seorang wanita Muslim. Pada masa itu yang terlintas tentang Muslim kepadanya hanyalah berpakaian labuh dan menutup kepala.
Kemudian, semasa berada di sekolah menengah, Ibrahim banyak menghabiskan masanya di perpustakaan sekolah sehingga digelar 'ulat buku' dan pernah pada satu masa, dia membaca beberapa terjemahan ayat-ayat suci al-Quran. Beliau dapati bahan yang disebut di dalam kitab itu, semuanya benar dan logik. Sungguhpun begitu, hidayah tidak sampai kepadanya.
Minat
Masa terus berlalu dan beliau mula bekerja. Dengan pendapatan yang diperoleh, dia berpindah ke pangsapuri sendiri dan mula meminati salah satu alat di dalam komputer yang mampu merakam pelbagai visual. Minat yang mendalam itu sehingga ke tahap dikira taksub.
Sejak itu, ke mana sahaja dia pergi, telefon berkamera adalah teman setia sepanjang waktu. Pernah dia dimarahi seorang lelaki Muslim imigran kerana merakam gambar emak dan kakak lelaki itu sewaktu berada di pasar. Apa yang terpacul di fikirannya bahawa orang Islam ini pelik.
Malah banyak perkara berkaitan dengan Islam berlaku ke atasnya. Malah dia tidak mempunyai penjelasan tepat bagaimana dia boleh menghubungi Pertubuhan Maklumat Islam di Sweden untuk melanggan buletin dan untuk membeli terjemahan al-Quran karya Yusuf Ali serta sebuah buku berjudul Islam: Our Faith.
Apabila membaca keseluruhan kandungan al-Quran itu memang tidak dapat dinafikan keindahan dan kebenaran isi kandungannya. Namun, Tuhan masih tiada ruang dalam hatinya. Setahun kemudian, sewaktu berada di satu petak tanah yang dipanggil Pretty Island yang memang benar-benar cantik dan sedang asyik merakamkan gambar-gambar warna-warni musim luruh, tanpa dijangka hatinya begitu tersentuh dengan keindahan alam kejadian ciptaan Pencipta dunia ini.
Mensyukuri nikmat
Ia sungguh mengasyikkan dan dia tidak pernah merasakan gembira dan mensyukuri nikmat itu, sekali gus menyedari kehadiran Tuhan setiap kali mencelikkan mata. Namun semuanya berakhir sekembalinya ke rumah. Walau bagaimanapun, jauh di lubuk fikirannya, pengalaman tersebut akan kekal selama-lamanya.
Pada masa sama, dia membuka akaun dengan MSN (Microsof Network) dan menerusinya, Ibrahim mula berminat dengan salah satu saluran maklumat tentang Islam dan dari situ dia mengenali wanita mualaf dari Amerika Syarikat bernama Shahida dan mereka akhirnya menjadi rakan pena sejati.
Mereka sentiasa berbincang tentang agama Islam, kepercayaan kepada Allah serta perkara-perkara biasa. Yang pasti, apa yang ditulis oleh Shahida itu ternyata ada kebenarannya. Hakikatnya dia sentiasa sabar dengan pelbagai kerenah dan soalan tidak masuk akal Ibrahim. Dia selalu memberitahu, "Dengar kepada kata hati anda dan anda akan temui kebenaran."
Akhirnya, Ibrahim menemui kebenaran itu lebih awal daripada apa yang dijangkakan. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja, sedang asyik dia menikmati matahari terbenam dari atas bas yang bergerak itu. Tiba-tiba semuanya datang bila dia mula menyedari dan mengakui tentang kejadian alam ciptaan Tuhan dan bagaimana Allah menentukan jalan hidup manusia. Ibrahim mula terasa kedamaian di jiwa yang sudah terlalu lama dia impikan.
Tenang
Pagi itu, bila terjaga daripada tidur, fikiran Ibrahim tenang dan perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah betapa dia bersyukur masih hidup dan dapat menempuhi hari baru dengan pelbagai pilihan dan peluang. Situasi itu benar-benar menginsaf dan menyedarkan Ibrahim.
Sejak itu, dia tidak dapat lagi menolak tentang kehadiran Tuhan. Namun 25 tahun menafikan tidaklah semudah untuk menerima Islam dan mengakui kepercayaan kepada Allah dengan bulat-bulat. Namun perkara baik sentiasa berlaku ke atas dirinya.
Ibrahim mengambil keputusan untuk bercuti di Amerika Syarikat dan buat kali pertamanya dia bertemu dengan Shahida pada satu hujung minggu di New York. Pada saat itu, bergelar Muslim adalah segala-galanya. Ibrahim kembali semula ke Sweden dan memberanikan diri singgah di sebuah masjid berhampiran dan bertemu dengan masyarakat Islam di situ.
Dia bertemu dengan mereka yang baik dan diberi beberapa bahan bacaan tambahan untuk lebih mendalami Islam. Selain merancang untuk ke rumah salah seorang saudara Muslim di situ.
Kutemu Islam
Akhirnya Islam menjadi perkara pokok dalam kehidupan Ibrahim. Dia mula kerap mendirikan solat dan melaksanakan solat Jumaat yang pertama.
Melaksanakan solat, mendengar tazkirah pendek sebelum mendirikan solat sunat dua rakat adalah sesuatu yang indah dan menyeronokkan apatah lagi ia dilakukan secara berjemaah hanya kepada Allah yang Esa, akuinya.
Lama-kelamaan fikiran dan hatinya bergerak seiring dan dia mula dapat membayangkan dirinya sebagai seorang Muslim. Pun begitu, masih berkecamuk di fikirannya akan ke mampuannya untuk bersolat lima kali sehari, tidak makan daging babi, minum arak, bagaimana penerimaan keluarga dan kawan dan dia mula terbayang akan kesengsaraan pengalaman seorang teman Muslim sebaik diri memeluk agama Islam.
Namun apa yang benar-benar menjadi titik tolak kepada pengislamannya ialah sebuah kisah daripada saudara baru wanita dari Britian yang bertajuk, Twelve Hours. Kisah pengalamannya begitu serupa dengan Ibrahim. Ceritanya itulah menyedarkannya bahawa tidak ada jalan untuk berpatah balik. Hakikatnya, Ibrahim tidak dapat menolak lagi Islam.
Apabila cuti musim panas bermula, dia mandi sunat, berpakaian bersih, memandu kereta kira-kira satu jam menuju ke masjid sebelum akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.
Ibrahim bersyukur apa yang dibimbangi selama ini tetapi sebaliknya terjadi, semua ahli keluarga dan teman menerima baik penghijrahan akidahnya. Mereka beranggapan amalan ibadat seperti solat serta haram memakan daging babi adalah satu budaya asing yang pelik serta akan hilang ditelan zaman. Namun Ibrahim berjaya membuktikan kesalahan mereka, Insya-Allah.


Hilali Teguh Dalam Islam

Dapatkah anda bayangkan jika sebahagian tubuh yang dilemparkan di hadapan anda dalam keadaan tidak sempurna atau telah dikerat-kerat merupakan mayat bapa anda yang dibunuh kejam. Sebabnya, hanya kerana merestui pilihan anak tunggalnya itu untuk memeluk agama Islam.
Pastinya, peristiwa penuh tragis sebegini jarang atau tidak pernah berlaku di kalangan saudara baru di bumi Malaysia. Hakikatnya, sepanjang membuat liputan kisah-kisah pengislaman insan yang bergelar mualaf di negara ini, lumrah yang dialami ialah disisih keluarga kandung, dipulau sanak saudara, diugut bunuh, dimaki hamun dan tidak kurang juga pandangan serong orang sekeliling.
Rupa-rupanya apa yang dialami oleh anak muda kelahiran Burundi, Afrika Barat, Hilali Sibomana, 30, jauh lebih tragis dalam episodnya mengharungi kehidupan sejurus dirinya bergelar mualaf. Malah, demi mempertahankan akidah Islam, Hilali sanggup dilabel sebagai pelarian politik di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), sejak menjejakkan kakinya di Malaysia pada November 2003.
Tambah pemuda bertubuh sasa ini lagi, untuk sampai ke Malaysia, beliau terpaksa merentasi beberapa negara seperti Kenya, Dubai dan Bangladesh. Malah sehinggakan terpaksa berjilbab semata-mata untuk melepasi sempadan. Pun begitu, tidak pernah sekali-kali anak tunggal ini mengeluh, jauh sekali menyesali qada dan qadar diri. Malah beliau sentiasa mensyukuri penghijrahan akidah yang telah memasuki lima tahun itu.
"Sebelum memeluk Islam, saya telah dilatih oleh komuniti Kristian di perkampungan kami untuk menjadi mubaligh Kristian di negara kami. Pengaruh gerakan Kristian di kampung saya cukup kuat dan boleh dikatakan majoriti penduduk di situ adalah pengikut setia ajaran Kristian.
"Malah, mereka jugalah yang menampung kos pembelajaran dan acap kali berjaya mengkristiankan orang, imbuhan yang diperoleh memang lumayan. Demi melahirkan mubaligh Kristian sejati, setiap daripada kami diwajibkan mengkaji bukan sahaja kitab Injil tetapi kitab al-Quran.
"Dalam proses itu jugalah, rupa-rupanya saya terima hidayah Ilahi. Apa tidaknya, semakin saya membuat kajian terperinci dan perbandingan di antara dua kitab ini, banyak kekeliruan yang timbul dan yang peliknya, apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan dijelaskan daripada sunah, itu lebih menyakinkan," cerita pemuda Hilali yang fasih bahasa Inggeris dan bahasa Perancis selain bahasa ibunda etnik negaranya.
Sambung Hilali yang turut kehilangan ibu tercinta, tambah menghairankan beliau, bila mana melihat paderi yang juga merupakan teman rapatnya sedang mendirikan solat. Lebih memeranjatkan, bila teman tersebut menasihatkannya agar berpura-pura masih Kristian, demi keselamatan nyawa.
Namun, beliau sudah menjangkakan akan menghadapi banyak halangan dan tentangan kesan daripada pengislaman diri. Hakikatnya, tidak semua orang seteguh Hilali, sebaik bergelar Muslim, semua aset sama ada di bank mahupun yang berbentuk tanah dan rumah milik keluarganya telah dibekukan dan dirampas. Lebih tambah menyukarkan dia cuma tinggal sehelai sepinggang.
Walau bagaimanapun, Hilali juga ada membuat persiapan sendiri seperti mengeluarkan wang simpanannya kerana mengetahui keselamatannya tidak akan terjamin jika terus menetap di Burundi. Apa lagi, telah diugut akan menerima nasib serupa bapanya, Yanduzo Bangirichenga jika terus dengan keputusannya untuk memeluk agama Islam.
Pun begitu, jelasnya pengorbanan beliau itu adalah terlalu kecil berbanding apa yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebagai anak, Hilali hanya mampu berdoa dan berharap semoga Allah jua yang dapat membalas segala kebaikan insan paling bermakna dalam hidupnya itu.
Kata Hilali, sepanjang menetap di Malaysia, tidak kurang juga cabaran yang dihadapinya kerana pernah kehilangan pasport antarabangsa pada 2004. Ketiadaan dokumen penting itu menyebabkan permohonannya melanjutkan pelajaran ke Kanada terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, dua tahun kemudian beliau berjaya memperoleh pasport baru.
Akui ahli perniagaan muda sebuah perusahaan kasut milik keluarga di negaranya itu lagi, penglibatan beliau dengan Outreach ABIM bermula pada April 2008 dan kemudian mengikuti beberapa program di bawah kendalian Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
"Umat Islam di negara ini cukup beruntung kerana mereka bebas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim malah kelas-kelas pengajian Islam juga turut banyak disediakan.
"Berbeza dengan di negara saya, agama Islam sentiasa di pandang negatif dan buruk. Islam dikecam sebagai agama penipu, ilmu hitam dan pelacuran kerana membenarkan pengamalan poligami.
"Walau apa pun yang melanda, saya tidak pernah berputus asa kerana saya ada misi dan perjuangan saya sendiri. Buat masa ini, sasaran saya ialah kembali ke tanah air demi memperjuangkan nasib minoriti Muslim di sana sebelum 2020," kata Hilali yang akan melanjutkan pelajaran ke New Zealand pada awal tahun depan.

 

Kisah Nazrey RAIHAN dapat hidayah Allah

Oleh Zulkarnain Zakaria
Catatan itu berbunyi begini, “… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema.
“Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap… Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah…
“Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya.”
Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya.
Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka.
Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam.
Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya ‘mempermainkan’ guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa ‘mengalah’ dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan.
Anda tidak akan mengetahui kisah menarik ini jika tidak membaca Akhirnya Kutemui Cinta-Mu… lalu aku pun memeluk Islam, sebuah produksi majalah Al Islam. Selain kisah di atas, buku tersebut turut mencatatkan kisah-kisah menarik zaman Nazrey sewaktu masih bersama kumpulan Raihan, hinggakan ada lelaki ‘mat saleh’ yang memeluk Islam dengan menyanyikan lirik syahadah dalam lagu ‘Puji-pujian’.
Kini, Nazrey sedang mencari dana untuk membina maahad tahfiz di kampung halamannya, Ranau, Sabah. Begitulah gigihnya Nazrey selepas memeluk Islam.
Buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu merupakan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang dilancarkan pada 29 Jun lalu. Ia menghimpunkan hampir 30 kisah saudara-saudara baru yang memilih Islam sebagai agama baru mereka.
Selain Nazrey, ia turut menyiarkan cerita pengislaman tokoh-tokoh terkenal seperti pelakon Susan Manen, Johan Abdullah dan Farid Amirul, Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi, Ning Baizura) serta pendakwah terkemuka, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Mohd. Farhan Abdullah, Ustaz Abdul Latif Satharan Abdullah, Farhan Tee Abdullah dan Divesh Kumar Danial Kakulal (wartawan penyiaran stesen TV Alhijrah).
Sesiapa sahaja yang membaca buku ini pasti akan berasa insaf dengan dugaan dan pengalaman getir yang dilalui oleh saudara-saudara baru ini. Sebagai contoh, bagaimana Susan Manen terpaksa berdepan dengan halangan keluarga, sokongan bapa yang terlebih dahulu memeluk Islam dan kejadian-kejadian aneh yang makin mendekatkan dirinya kepada agama ini.
Pembaca juga akan berasa hiba dan sebak membaca kisah bagaimana Farid Amirul (memegang watak Inspektor Lim dalam siri TV Gerak Khas) yang menangis sebaik terdengar seruan azan serta membaca surah al-Kauthar dan ad-Dhuha. Kisah pengislaman Ustaz Muhammad Fitri dan Ustaz Farhan pula amat mendebarkan.
Rupa-rupanya, sejak dia dilahirkan lagi, ayah Fitri sudah memberitahu isterinya bahawa apabila besar nanti, dia akan menukar nama bapanya itu kepada Abdullah. Ternyata firasat tersebut menjadi kenyataan.
Walaupun Fitri dididik sehingga menjadi pendakwah besar dalam agama mereka, namun akhirnya beliau memilih Islam selepas melihat kebenaran agama ini. Lalu nama bapanya ditukar kepada Abdullah!
Sanggupkah anda ditembak hanya kerana Islam? Itulah ujian yang dilalui oleh Ustaz Mohd. Farhan, bekas seorang pendakwah sebuah agama lain di Sabah. Dia bukan sahaja dihalau, malah ditembak dengan senapang patah oleh bapanya kerana memeluk Islam. Tetapi tiada siapa menduga, selepas Farhan menamatkan pengajian tahfiz, semua anggota keluarganya dengan mudah turut memeluk Islam. Tidak terkecuali adalah bapanya sendiri yang asalnya merupakan nazir kepada 15 rumah ibadat di Sabah.
Apa yang menarik, melalui buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu juga Ustaz Farhan menceritakan mimpi menginsafkan yang dialaminya hingga menyebabkan hatinya terbuka memilih Islam. Juga bagaimana bapanya tiba-tiba muntah dengan banyaknya selepas meminum air yang telah dibacakan surah Yasin.
Pernahkah anda dengar kisah pengislaman pemain bolasepak Perancis, Frank Ribery, Lauren Booth (adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair), Alexander Litvinenko (bekas perisik Rusia), Loon dan Everlast (penyanyi rap), A. R. Rahman (pencipta lagu Bollywood dan pemenang anugerah Oscar), Diam’s (penyanyi rap wanita Perancis), Mike Tyson (juara tinju dunia), Jermaine Jackson (abang kepada Michael Jackson) dan Johann Wolfgang von Goethe (penulis terkenal abad ke 18 Jerman)?
Persoalan benarkah Michael Jackson sudah memeluk Islam turut dijawab oleh Jermaine. Dapatkan buku ini dan anda akan ralit membacanya.
Apa yang menjadikan Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ini lebih mantap dan istimewa ialah kerana kisah-kisah tadi diperkukuhkan dengan fakta serta statistik perkembangan terkini Islam di seluruh dunia. Semua ini membangkitkan rasa bangga kepada agama.
Akhirnya Kutemui Cinta-Mu jadi menarik kerana ia dipersembahkan dengan cara yang mudah, ringan serta dekat dengan hati pembaca. Bahasanya santai. Buku ini bersifat terus terang.
Ia tidak menyembunyikan kritikan-kritikan tegas serta panas terhadap masyarakat Islam dan pihak-pihak tertentu yang membiarkan saudara-saudara baru terkontang-kanting.
Ringkasnya, ia merupakan buku istimewa yang membangkitkan perasaan megah kita terhadap Islam.
Dengan harga cuma RM12.90, buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu terlalu murah kalau dibandingkan dengan ketebalannya 212 halaman serta kisah-kisah eksklusif yang dipersembahkannya. Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku dan majalah berhampiran atau hubungi Bahagian Pemasaran Utusan di 03-89243843 (Hajina) dan 03-89243837 (Siti Rozaida).

 

 

 

 

 

Jumaat, 29 Mei 2009


Pahit getir saudara baru dalam Islam

8 tahun yang lalu pemuda India lingkungan 30-an ini melafazkan kalimah Syahadah dihadapan Al-Fadhil Ust Shahril Azman bin Abdul Halim Al-Hafiz, Mudir Ma’ahad Tahfiz Ar-Rahimiyah, Bandar Jengka yang kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau, Pahang dan Tim.Ketua DPP Pahang (2009-2011). Rumah Al-Fadhil Ust Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Rantau Perintis, Bandar Jengka sering diziarahinya, tujuan menuntut ilmu dan meminta pelbagai nasihat sebagai saudara baru dalam Islam.
Jika mendengar dia berbicara, pasti orang tidak menyangka pemuda berkulit hitam manis ini adalah bangsa India. Bahasa Melayunya fasih sekali. Manakan tidak, terlalu lama beliau hidup dikelilingi masyarakat Melayu.
Diawal pengisytiharan keIslamannya, tekanan dari keluarga khasnya ibu bapa sangat menguji ketabahan beliau. Dimaki hamun, dimarahi dan dihambur pelbagai kata sudah lali baginya. Namun, prinsipnya yang tegas dan jelas membuatkan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain akhirnya akur dengan pendiriannya. Walaupun telah menjadi seorang Muslim, namun saat ibu bapanya sakit dan terlantar dihospital, beliau tetap datang menziarahi kerana meyakini beliau juga mempunyai hak dan kewajipan sebagai seorang anak. Bahkan apabila berlaku kematian neneknya sendiri, beliau tetap mengambil cuti dari bekerja semata-mata ingin menghadiri rumah neneknya itu. Dengan tidak berkopiah, beliau terus masuk ke bilik menghadap mayat neneknya, bahkan apabila ahli keluarga lain bertungkus lumus memikul tong-tong air ( dengan pelbagai jenis adat ), beliau turut memikul tong berisi air tersebut. Katanya “ bagi saya memikul air untuk memandikan mayat, itu tidak bermasalah, yang masalah apabila mengikut adat-adat lain seperti wajib memakai kain putih sebelum mengangkat air ditambah dengan jampi mentera yang syirik..maka, yang itu saya tidak sertai”.
Beliau yang kini masih bekerja di kilang ALPS, Bandar Jengka mengakui sedikit kekecewaannya terhadap sikap dan salah faham segelintir umat Islam terhadap saudara baru. Sebagai contoh katanya, ada seorang temannya yang kematian bapa. Lalu apabila bertemu dengan seorang ustaz, temannya itu diminta untuk datang menziarahi sahaja dan tidak dibenarkan masuk untuk melihat mayat bapanya apatah lagi menyentuh jasadnya bapanya yang bukan Muslim itu. Beliau yang turut hadir pada hari kematian bapa temannya itu terkejut melihat temannya hanya termenung dibawah pokok dihadapan rumah tanpa masuk ke dalam. Lalu dia terus bertanya puncanya. Setelah diterang, beliau pun faham apa yang sedang berlaku dan terus mengarahkan juga temannya itu masuk ke dalam. “ kamu duduk diluar, ini bukan dakwah..masuk ke dalam itu yang jadi dakwah..” Sedikit pertengkaran kecil berlaku antara beliau dan ustaz yang memberi arahan pada temannya itu.
Tambah beliau “ Alhamdulillah..saya ini memang jenis mudah bergaul..jadi tidak ada masalah untuk bersama orang-orang Melayu Islam..mereka mudah menerima saya”. Namun, beliau juga tidak menafikan antara masalah yang sering berlaku adalah sikap saudara baru itu sendiri yang selepas memeluk Islam, sukar untuk beramah mesra dengan orang Melayu, mengasingkan diri…dan juga sikap orang Melayu yang sering menjadikan saudara baru merasa terasing…biasalah kadang-kadang masalah bahasa..dan sebagainya…” Beliau juga merasa hairan apabila disebut Islam, seolah-olah Islam itu kepunyaan Bangsa Melayu sahaja.
Bahkan, beliau merasa sedikit kecewa setelah masuk Islam, barulah beliau tahu penggunaan nama ‘Abdullah’ kepada bapa yang tidak masuk Islam, tidak perlu pun. Kata beliau, “ Ikrimah pun masih binkan bapanya iaitu Abu Jahal”. Isu ini pernah dibahaskan dan dipersetujui oleh Tn.Guru Nik Abdul Aziz pada tahun lepas kerana melihat isu menukar nama bapa menjadi Abdullah menjadi antara masalah yang merumitkan non-Muslim untuk memeluk Islam. Padahal, menggunakan nama bapa yang asallah menyebabkan ianya menjadi dakwah kepada ibu bapa tersebut apabila melihat keterbukaan Islam.
Saudara baru ini juga mengakui bahawa setakat ini, lebih daripada 30 orang non-Muslim yang berjaya ‘dipegang’ olehnya dengan matlamat untuk diIslamkan. Seronok dan bangga kami mendengarnya. Ust Farid Ravi, Shahkirit, Lim Joi Soon dan Ust Farhan Abdullah (Mudir Ma'ahad Tahiz di Sabah) adalah orang-orang yang beliau sering menjalinkan hubungan dalam menggerakkan dakwah kepada non-Muslim. Beliau kini aktif bersama mereka melalui program-program pengajian ‘Perbandingan Agama’ melalui sebuah pertubuhan saudara baru yang saya kurang ingat namanya.
Kemesraan jelas terpancar diwajah pemuda berbangsa India ini. Beliau lantas menghulurkan kepada saya sekeping CD yang berisi penuh dengan pelbagai jenis program Power Point, kertas-kertas kerja dan sebagainya mengenai sejarah-sejarah semua agama, perbandingan-perbandingan dan yang berkaitan setelah mengetahui saya berada dibidang Ushuluddin. “Kalau kamu mahu bantu kami, hubungi sahaja saya..bagus kamu dalami Ushuluddin..”
Beliau yang agak tertarik dengan helaian kertas yang saya edarkan kepada ahli jama’ah surau di Felda Sg.Tekam Utara, Jerantut ketika kuliah Maghrib malam tadi mengenai Konsep Syahadah & Tuntutannya , lantas bertanya “ boleh saya ambil kertas ini ? saya mahu gunalah…bagus isinya..ini yang penting..kadang-kadang selepas kita mengIslamkan orang..kita tidak ajar dia apa itu tuntutan Syahadah dan kewajipan-kewajipan terhadap Syahadah…ini yang masalah..” Saya hanya menjawab “ maaf bang…kertas ini ringkas sangat..saya pun ringkaskan dari sebuah buku..”
Alhamdulillah, kebetulan buku yang saya ringkaskan itu terdapat didalam beg yang saya bawa. “ Ambillah buku ini bang..saya ada lagi dirumah..maaflah..buku ini diterbitkan oleh PAS ..yang diguna untuk proses tarbiah dalam Pas..” Beliau hanya tersenyum dan mengambil buku itu sambil melihat tajuk-tajuknya yang bermula daripada Bab Aqidah, Syahadah, Perkara Membatalkan Syahadah, Islam dan Ciri-Cirinya dan lain-lain. Dihadapan kulit buku berwarna ungu itu tertera tulisan “ terbitan Lajnah Tarbiah PAS Pusat..peringkat Ta’arif..
Setelah agak lama berbual dengan beliau selesai solat Isya’ disurau berkenaan, saya mohon izin untuk pulang sambil berpelukan dengannya. Kata-kata semangat dan harapan darinya menusuk kelubang telinga saya supaya terus belajar.
Anak muda yang menukar namanya daripada nama India kepada nama ‘Muhamad Azizi Iqmal saling bertukaran email dan no tel untuk saya hubungi. Teman-teman pembaca boleh melayari blog peribadinya : http://iqmal-slaveofallah.blogspot.com atau menghubungi beliau melalui email azizi.iqmal@yahoo.com atau g-mail sorgam3@g-mail.com
Mudah-mudahan Allah membantu beliau dan seluruh saudara baru untuk melebarkan sayap dakwah keseluruh Malaysia. InsyaAllah.



‘Berkorban’ Demi Saudara Baru

KOTA MARUDU 13 Okt. – Seramai 12 tenaga pengajar kepada 300 saudara baru di daerah ini, bersyukur kerana dapat mengajar dan menyemai asas ilmu pengajian agama Islam kepada golongan itu di Masjid At Taqwa di sini.
Walaupun masih tidak ada bangunan khusus bagi mereka mengajar golongan mualaf berkenaan di pekan Kota Marudu, tetapi dengan inisiatif pihak pengurusan masjid berkenaan, tenaga pengajar yang terdiri daripada uztaz dan ustazah itu berjaya merealisasikan misi mereka.
Setiap Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari di masjid tersebut diadakan 13 kelas agama yang mengajarkan asas agama Islam kepada semua saudara baru itu.
Pengajian agama itu dibuat secara percuma dan dilakukan secara sukarela.
Tenaga pengajar di situ menggunakan pelbagai teknik mengajar bagi memastikan golongan mualaf dapat memahami ajaran Islam secara tepat dan berkesan.
Salah seorang ustazah di situ, Zaleha Ginsat, 69, berkata, bagi peringkat permulaan, beliau akan menerangkan apa itu Islam dan menghuraikan segala tuntutan dan asas Islam.
Katanya, perkara itu dilakukan beberapa kali sehingga saudara baru benar-benar faham dan kemudian mengajar jawi dan muqaddam bagi membolehkan mereka membaca al-Quran.
‘‘Kalau mereka tidak tahu membaca atau menulis, kami akan bacakan sehingga 10 kali dan meminta mereka mengikut dan menghafalnya,’’ katanya yang merupakan bekas guru agama.
Sementara itu, ketika menjalankan kegiatan dakwah di kampung di daerah itu, katanya, beliau memberi penerangan yang cukup kepada mereka yang berminat dengan agama Islam.
Katanya, golongan sasar itu turut didekati pendakwah daripada agama lain dan meminta mereka membezakan antara ajaran Islam dengan agama lain.
‘‘Tidak ada paksaan dalam agama. Selepas diberi penerangan, boleh dikatakan semuanya akan memilih Islam,’’ katanya yang telah memeluk Islam lebih 40 tahun lalu.
Ustaz Abd. Mutalib Abdullah, 51, pula berkata, kebanyakan yang memeluk Islam di daerah berkenaan begitu bersungguh-sungguh ingin mempelajari dan mengetahui keindahan Islam.
Beliau yang sudah mengislamkan lebih 158 orang di tempatnya di Kampung Parung, memberitahu, setiap mereka yang menerima hidayah akan diwajibkan datang ke masjid itu untuk belajar agama.
Dalam pada itu, masalah ketiadaan bangunan khususnya untuk golongan mualaf itu bukan satu perkara baru, yang mana di Sabah, cuma terdapat tiga tempat pengajian untuk saudara baru iaitu Pusat Latihan Dakwah di Keningau, Kundasang dan Kudat.
Bagaimanapun, tempat pengajian itu tidak dibuka kepada umum dan hanya mengambil mualaf yang berkelayakan sahaja iaitu mereka yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penyelaras Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah berkata, keadaan itu membuatkan saudara baru yang tidak berkelulusan SPM mempunyai masalah untuk mendalami ilmu agama Islam.
Katanya, syarat yang dikenakan itu menyukarkan mereka yang tidak berkelulusan terutamanya orang tua, suri rumah dan ibu tunggal yang baru memeluk Islam.
‘‘Kita berharap pihak yang prihatin akan membina sebuah bangunan baru untuk saudara baru. Pada masa yang sama, salah sebuah tempat pengajian sedia ada perlu dibuka kepada umum.
‘‘Bukan terhad untuk mereka yang mempunyai SPM sahaja, dengan cara ini akan membantu saudara baru meningkat dan memantapkan kefahaman Islam mereka,’’ ujarnya.
Katanya, sepanjang Ramadan lalu, bagi mengimarahkan surau atau masjid dengan melibatkan mualaf, Yayasan Iftimam telah mengadakan pelbagai aktiviti.
Jelasnya, yayasan tersebut yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan tazkirah sepanjang bulan puasa.
‘‘Yayasan ini sudah tiga tahun berturut-turut menganjurkan pelbagai aktiviti di Sabah pada setiap bulan Ramadan dan kali ini sebanyak 33 program sudah dilaksanakan,’’ katanya.
Beliau berkata, 13 daripada program itu dijalankan di surau dan masjid di Ranau, Kota Marudu, Matunggong, Semporna, Papar dan Kinarut, manakala selebihnya di Kota Kinabalu.
Sumber Maklumat: Utusan Malaysia


kisah saudara baru dlm islam untuk renungan bersama

Kesulitan Perjalanan Hijrah Dari Kristian kepada Islam.

pengakuan seorang saudara baru dlm islam.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini ! setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian.
Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan! .
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya! gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penI! slaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 ta! hun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perl! ukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perd! ana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

PERHATIAN sesiapa yg ingin menderma utk tujuan kejalan ALLAH dan membantu niat saudara kita nie silalh berbuat demikian di akaun Maybank

5122-6840-4947 atas nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI,DERMA BUKAN TONTONAN LAKUKAN DENGAN SEPI.
__________________
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapatkan rahmat.    (QS. Al-Hujuraat, 49:10)  FISABILILLAH!

Suka Duka Mualaf  








    Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
« on: 01 April, 2008, 11:08:43 AM »
Soalan

TERLEBIH dulu saya ingin memohon maaf andai apa yang saya luahkan menyinggung perasaan pihak tertentu. Saya berusia 30 tahun dan dulu seorang mualaf. Kehidupan saya terseksa sejak memeluk Islam.


Selepas memeluk Islam, saya tinggalkan keluarga saya untuk merantau dan mencari ilmu agama. Apa yang saya lalui menjadi sejarah hitam di dalam hidup. Ada insan yang menolong saya dan ada juga sebaliknya.

Kepada yang menolong, terima kasih saya ucapkan dan hanya Tuhan yang akan membalasnya. Kepada yang mencaci dan menghina saya, biar Tuhan juga yang membalasnya.

Dang Setia, kini saya bukan lagi seorang Muslim. Saya keluar daripada Islam kerana tidak tahan dihina dan dicaci. Sebenarnya, saya memeluk Islam bukan untuk suka-suka, berkahwin atau mengharapkan bantuan mana-mana pihak.

Ketika beragama Islam, saya dihina oleh orang kampung yang berkata: “Awak ni pernah makan babi pun ada hati nak masuk Islam?” Jika di tempat saya, apa perasaan Dang Setia?

Berdasarkan pengalaman saya, ramai saudara baru mengalami masalah serupa. Kami tidak pernah menerima bantuan sepatutnya daripada jabatan agama dan sebagainya. Itu kami tidak kisah, tapi yang menyedihkan ialah layanan buruk yang kami terima.

Pernah ketika saya ke jabatan agama untuk mendapatkan bantuan kerana sudah terdesak, saya dimarah dan dihina. “Kamu saudara baru ni tak ada kerja lain ke? Hanya nak minta bantuan saja?” Apa perasaan Dang Setia jika dihina begitu?

Sebenarnya, ada keluarga bukan Islam boleh menerima anggota keluarga memeluk Islam dan ada juga sebaliknya. Seandainya keluarga membenci dan membuang kami, ke mana kami hendak pergi?

Akhir kata, kepada jabatan agama Islam, bantulah saudara baru Islam kerana mereka memerlukan bimbingan. Jangan anda hina mereka sebagaimana anda menghina dan menyisihkan saya.

Seandainya saya meninggal dunia, kepada jabatan agama, jangan uruskan mayat saya mengikut cara Islam kerana kini saya bukan lagi seorang Islam.

INSAN DERITA
Johor


Jawapan

Mewakili seluruh umat Islam, Dang Setia memohon jutaan kemaafan di atas segala kesulitan, kesengsaraan dan penghinaan yang anda terpaksa lalui sepanjang menjadi Muslim. Sesungguhnya Dang Setia berasa kecewa dan bersalah kerana anda terpaksa melalui pengalaman pahit itu.

Rasa bersalah dan kecewa semakin bertambah kerana anda membuat keputusan keluar daripada agama Islam yang suci dan mungkin kini kembali ke agama asal. Sangat sedih rasanya kerana itu keputusan yang anda ambil.

Dang Setia tidak mahu terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada sesiapa, namun berharap anda boleh berlapang dada untuk membaca pendapat Dang Setia dan membuat penilaian daripada perspektif lebih luas. Mudah-mudahan hidayah Allah akan sekali lagi melimpahi anda.

Anda mungkin berasa memiliki alasan kukuh apabila memilih untuk keluar daripada Islam, namun bagi Dang Setia, anda tidak harus meletakkan sepenuhnya segala kesalahan ke atas bahu orang lain. Sebaliknya, anda perlu turut merenung ke dalam diri dan menilai semula tindakan anda.

Dang Setia akui, orang Islam yang menghina, mencaci dan menyusahkan anda tidak patut bersikap sedemikian. Disebabkan mereka, kemurnian dan kesempurnaan Islam terjejas. Bak kata bidalan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Malangnya, hakikat ini tidak anda sedari apabila bersikap ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Maksudnya, kerana marahkan sebilangan kecil individu tertentu, keseluruhan agama Islam anda salahkan dan membuangnya sebagai pegangan hidup.

Jika kita bercakap daripada perspektif pengurusan masalah, nyata anda tidak melakukan tindakan betul. Sebagai contoh, anda bekerja di organisasi yang terbukti paling hebat di pasaran kerja, menerima pendapatan lumayan dan pelbagai lagi faedah menarik.

Namun disebabkan dua atau tiga kakitangan di tempat kerja itu bersikap negatif, anda terus mengambil keputusan berhenti kerja.

Sebenarnya, contoh ini tidak 100 peratus tepat kerana hakikatnya tiada yang dapat dibandingkan dengan kesempurnaan Islam. Cuma ia Dang Setia ketengahkan untuk memberi kejelasan kepada anda.

Yang lebih penting di sini ialah Dang Setia mahu anda membuka minda dengan lebih luas mengenai Islam, baik mengenai ajarannya, begitu juga sejarah perkembangannya, termasuk cabaran getir yang dihadapi baginda Nabi Muhammad SAW serta sahabat, terutama golongan paling awal memeluk Islam.

Di dalam al-Quran, perkara ini dinyatakan apabila Allah berfirman yang maksudnya: “Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Tujuan ayat ini jelas, iaitu Allah mengingatkan kita, setiap umat Islam pasti menerima ujian daripada Allah dalam pelbagai bentuk dan keadaan untuk menguji sejauh mana keimanan serta ketakwaan kita.

Maksudnya, kita tidak boleh sekadar mengaku kita seorang Islam, beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW, tetapi apabila dihadapkan dengan ujian atau rintangan, kita mula mengeluh, menyerah kalah serta tidak mampu mempertahankan akidah.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, ada baiknya anda membaca buku sejarah perjuangan Rasulullah dan sahabat. Sebagai panduan, memadai Dang Setia kongsikan di sini kisah Bilal ibnu Rabah, hamba yang termasuk di kalangan tujuh orang yang pertama menzahirkan keislaman secara terang-terangan, biarpun diancam kafir musyrik.

Apabila mengetahui Bilal memeluk Islam, tuannya menyeksa Bilal dengan memakaikan baju besi dan dijemur di padang pasir yang sangat panas. Apabila ditanya pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Esa, Yang Esa).

Bilal kemudian diseret hingga ke lereng gunung, tetapi Bilal tetap memperkatakan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya tidak bergoncang sedikitpun. Melihatkan tiada perubahan berlaku dalam diri Bilal, mereka mempertingkatkan seksaan dengan meletakkan batu besar di atas badannya yang terjemur di tengah kepanasan matahari.

Namun tiada ucapan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’ Bilal rela mati daripada menukar pegangan agamanya yang hak kepada yang batil.

Kesimpulannya di sini, tidak syak lagi Islam sangat sempurna. Yang tak sempurnanya mungkin orang (penganut Islam). Jadi jangan dibuang atau disalahkan Islam.

Jika manusia membuang Islam, Islam tidak rugi dan tidak sedikitpun terjejas, tapi yang teramat ruginya serta menzalimi diri sendiri ialah manusia itu sendiri.

Mudah-mudahan anda mendapat pedoman dan pengajaran daripada apa yang Dang Setia paparkan di ruang yang terhad ini dan Dang Setia berdoa semoga Allah memberi petunjuk serta hidayah-Nya kepada anda untuk kembali semula kepada Islam, agama sempurna untuk dunia dan akhirat.

petikan daripada,
Dang Setia (Metro Ahad), 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili : 03-22848390
E-mel: dangsetia@hmetro.com.my

Share this topic on Facebook
« Last Edit: 01 April, 2008, 04:04:34 PM oleh izza »
"LA ILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH"
Antara Punca saudara baru Murtad
Oleh: WAN ABDULLAH

BILANGAN mereka yang murtad di negara kita didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun tanpa perangkaan rasmi berhubung perkara ini tetapi berdasarkan kejadian sejak mutakhir ini menunjukkan gejala riddah sudah berada pada peringkat agak membimbangkan.

Tindakan murtad sebenarnya bukan perkara baru di negara kita. Ia telah berlaku untuk suatu tempoh masa yang lama. Mungkin kejadian murtad membabitkan umat Islam baru sahaja berjaya dikesan tetapi ia telah lama berlaku di kalangan saudara baru. Tetapi kejadian murtad melibatkan saudara baru ini tidak menimbulkan kekecohan kerana ia dianggap sebagai suatu perkara biasa.

Namun begitu, masalah murtad di kalangan saudara baru tidak perlu dipandang ringan kerana kesan buruk akan turut dihadapi oleh umat Islam secara keseluruhannya. Malahan ia tidak seharusnya dibiarkan berlaku dan dilakukan oleh saudara baru. Justeru itu, satu pendekatan yang sistematik dan berkesan perlu diambil bagi menghalang pihak saudara baru ini daripada terus kembali kepada agama asalnya.

Tetapi sebelum itu, punca dan faktor penyebab seseorang saudara baru itu murtad perlu diperhalusi sebelum langkah susulan dapat diambil untuk membendungnya. Kita mungkin merasa hairan dan pelik bagaimanakah seseorang saudara baru boleh bertindak keluar daripada agama Islam. Walhal untuk memeluk agama Islam di negara kita tidak semudah seperti mana yang disangkakan.

Selain daripada terpaksa berdepan dengan karenah birokrasi dan proses yang rumit, mereka juga menghadapi pelbagai masalah dan rintangan. Di samping menghadapi tindakan daripada keluarga, saudara baru juga menghadapi masalah kejutan budaya dan kehilangan identiti diri. Oleh itu, para mereka perlu dibantu dan diberikan sokongan moral untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran hidup baru.

Apa yang berlaku adalah di sebaliknya, saudara baru ini kadangkala dipandang serong oleh umat Islam sendiri disebabkan perbezaan bangsa, budaya, bahasa dan warna kulit. Kehadiran mereka tidak begitu diterima dan dialu-alukan oleh masyarakat Islam yang lain khususnya kepada mereka yang masih mahu mengekalkan identiti dirinya. Tidak kurang saudara baru yang kecewa dengan keadaan ini.

Golongan ini bukan sahaja tidak mendapat pembelaan daripada umat Islam tetapi dibiarkan hidup tersisih. Apa yang mereka pelajari tentang Islam jauh berbeza dengan hakikat yang terpaksa mereka hadapi. Persaudaraan yang ditekankan oleh Islam tidak membezakan penganutnya. Setiap umat Islam adalah bersaudara dan kemuliaan sebenar atas dasar keimanan, ketaqwaan serta ketinggian akhlak.

Tetapi kewujudan saudara baru ini dianggap sebagai satu kelompok individu asing, terpisah daripada umat Islam lainnya. Mereka diberikan pelbagai gelaran dan panggilan mendiskriminasikan mereka dengan umat Islam lain. Sama ada disedari ataupun tidak menyebabkan perasaan rendah diri di kalangan saudara baru semakin membesar dan kuat mencengkam sanubari mereka. Akhirnya mereka akan bergaul dan bercampur sesama mereka sendiri menyebabkan integrasi serta komunikasi mereka dengan umat Islam lain agak terputus.

Apabila ini berlaku, ia menyebabkan seseorang saudara baru itu mudah hanyut dan membawa haluan diri masing-masing. Umat Islam seharusnya membimbing, memandu dan memimpin mereka supaya aqidah yang baru bertunas itu dapat bertapak serta membentuk tapak yang kukuho di dalam hati mereka.

Seseorang saudara baru dibiarkan tanpa usaha susulan untuk membantu dan membimbingnya akan menyebabkannya mudah hanyut dibawa oleh arus perubahan serta perkembangan persekitarannya.
Ada di antara mereka masih lagi beragama Islam tetapi mengamalkan cara hidup yang tidak Islamik. Bagi yang kecewa dan putus asa dengan keadaan dirinya akan mengambil tindakan yang lebih nekad iaitu keluar daripada agama Islam.

Sesetengah kes murtad yang membabitkan saudara baru ini berpunca daripada masalah peribadi dan keluarga yang dihadapi. Ada di antara saudara baru ini memeluk agama Islam kerana mahu berkahwin dengan gadis atau lelaki Islam. Sekiranya pasangan yang dipilihnya mempunyai latar belakang agama yang baik maka ia mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah kerana suami atau isterinya boleh membimbing pasangannya.

Tetapi masalah mungkin timbul apabila pasangan saudara baru itu gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya. Kekecewaan dan masalah yang dihadapinya akan menyebabkan seseorang itu mudah hilang pertimbangan tidak terkecuali para saudara baru yang masih lagi terkapai-kapai mencari arah hidup sebagai seorang Islam. Walaupun dari segi nawaitunya tidak begitu sempurna tetapi pengIslaman kerana faktor perkahwinan perlu diterima dengan hati yang terbuka dan disusuli pula dengan usaha-usaha pemantapan aqidah.

Sekiranya ini dapat dilakukan oleh semua pihak yang dipertanggungjawabkan termasuk umat Islam sendiri, maka gejala riddah dapat di atasi dengan sebaiknya. Walauapapun alasan seseorang itu untuk memeluk agama Islam, ia tidak seharusnya menimbulkan perasaan prejudis umat Islam terhadap golongan ini.


Dengan penerimaan secara terbuka oleh umat Islam dan kesediaan saudara baru menerima hakikat serta kedudukan mereka sebagai golongan ‘istimewa’, segala masalah membabitkan saudara baru dapat diselesaikan, tidak terkecuali masalah murtad ‘duri dalam daging’ kepada usaha dakwah Islamiyyah di negara kita.




kisah saudara baru dlm islam untuk renungan bersama

Kesulitan Perjalanan Hijrah Dari Kristian kepada Islam.

pengakuan seorang saudara baru dlm islam.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini ! setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian.
Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan! .
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya! gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penI! slaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 ta! hun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perl! ukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perd! ana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

PERHATIAN sesiapa yg ingin menderma utk tujuan kejalan ALLAH dan membantu niat saudara kita nie silalh berbuat demikian di akaun Maybank

5122-6840-4947 atas nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI,DERMA BUKAN TONTONAN LAKUKAN DENGAN SEPI.
__________________
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapatkan rahmat.    (QS. Al-Hujuraat, 49:10)          FISABILILLAH!

Sabtu, 19 Mac 2011


Saudara Baru Yang Telah Memeluk Agama Islam Diaibkan Berita Harian

Saya terpanggil untuk post artikel ini kat ruangan blog saya kerana berasa kesian terhadap nasib yang sedang dialami oleh saudara seakidah saya iaitu seorang artis perempuan yang bernama Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia dan nasib anak perempuannya, Isobel Daniella... Beliau baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya yang bernama Ryan Chong Yiing Yih yang berusia 33 tahun dan berkahwin dengan seorang lelaki yang beragama Islam... Suami barunya bernama Azmi Abd Rahman... Pada hari Ahad (20/03/2011), saya telah terbaca sebuah artikel di dalam Berita Harian diruangan B POP yang bertajuk "SIAPAKAH BAPA KANDUNG ANAK DAPHNE?" mukasurat 11 ditulis oleh Zubir Mohd Yunus.

Menurut pendapat saya, artikel ini disiarkan bertujuan untuk mengaibkan beliau dan anaknya... Ia diterbitkan oleh seorang yang tidak bertanggungjawab dan suka mendedahkan aib orang lain... Ianya juga bertujuan untuk memberi tekanan kepana Daphne Iking atau Dahlia yang baru sahaja memeluk agama Islam... Daphne Iking atau Dahlia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman malu terhadap Berita Harian, Zubir Mohd Yunus dan Doktor yang merawatnya kerana tidak beretika menyiarkan artikel yang bertujuan mengaibkannya... Doktor berkenaan boleh didakwa kerana melanggar etika sebagai seorang doktor dan sumpahnya kerana tidak melindungi maklumat pelanggan.

Renungilah hadith sahih berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menceritakan kesalahan dan keaiban saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsia dan aibnya pula diakhirat kelak.” - (Hadith Riwayat Baihaqi dan Ahmad)

Renungilah hadith sahih diatas, mahu ke Allah mendedahkan aib dan kesalahan kita di hari Akhirat kelak? Di hari dimana tidak bergunanya segala harta benda kecuali amalan ketika di dunia... Pada ketika itu kita mesti merasa malu sangat sekiranya Allah mendedahkan segala keburukan yang kita lakukan ketika di dunia dulu kerana ketika itu seluruh umat manusia akan mengetahuinya. Sekiranya kita tidak mahu diaibkan oleh pencipta kita pada hari pembalasan kelak, maka janganlah kita membuka aib saudara kita ketika hidup di dunia ini...
Kongsi Kisah Alina Wong Memeluk Islam
Ilham Tiong Abdullah - Fri 27/Jan/12, 1:21pm [Last Comment]

Beliau satu-satunya saudara baru yang menjadi Penolong Pengarah di Jabatan Agama Johor (JAJ) pada masa ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustazah Hajah Alina Wong Bte Abdullah memeluk Islam semasa di bangku sekolah menengah lagi.

Taraf pendidikan beliau sebagaimana berikut :
-Sarjana Muda (Hons) Jurusan Pendidikan Bidang Agama Islam (Institut Agama Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung Indonesia)
-Diploma Pendidikan (Institut Agama Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung Indonesia)
-Sijil Bimbingan & Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
-Diploma Penterjemahan Universiti Malaya (UM)

Dan antara pengalaman beliau dalam kerjaya :

-Penyelaras Kelas Al-Quran & Fardu Ain Negeri Johor
-Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Johor
-Penolong Pengarah Unit Ukhuwah
-Penolong Pengarah Unit Makanan Halal
-Penolong Pengarah Unit Ukhuwah (mulai 16 September 2005)

Mengenai keluarga, beliau merupakan anak keenam daripada 9 orang adik beradik. Suaminya juga bertugas di JAJ sebagai Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga (mulai 16 September 2005), Ustaz Ramly Bin Jusoh dan memiliki tiga orang anak (seorang lelaki dan dua orang perempuan).

Beliau pernah menghasilkan penulisan buku antaranya bertajuk:

1. Mengapa Islam Haramkan Babi (B.M)
2. Risalah Rukun Islam & Iman (B.M)
3. Risalah Rukun Islam & Iman (B.Cina)

Penglibatan di bidang social, beliau merupakan aktivis dan penulis kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti :

-Pengarang Majalah Nur Islam, Perkim
-Penceramah Rancangan Iman RTM
-Guru Kelas Cina Darul Arqam, Singapura
-Penceramah Kursus PraPerkahwinan kepada bukan Muslim
-Penceramah umum

Penulis pernah meminta pandangan beliau mengenai topik ‘Perkahwinan Campur’.

Berikut antara petikan wawancara itu yang pernah disiarkan di Buletin Saudara Kita terbitan Bahagian Dakwah, JAJ :

“Pada pengamatan saya, perkahwinan campur merupakan satu fenomena positif. Dalam erti kata lain, ia memiliki peranan bagi pengembangan dakwah Islamiah itu sendiri.

Umumnya seseorang memilih pasangan kerana akhlak. Cantik kalau tidak berakhlak, itu bukan keadaan ukuran pemilihan. Kalau dipilih pun biasanya akan menemui satu keadaan yang sukar. Sebaliknya jika kaya sekalipun, kalau tidak berakhlak akan mengakibatkan keruntuhan begitu juga dalam soal keturunan.

Asasnya ialah akhlak yang baik. Inilah gambarannya jika kebahagiaan menjadi tujuan dalam memilih pasangan dan rumahtangga harmoni. Sebab itu akhlak pasangan menjadi merit utama kenapa ia layak dijadikan suami atau suami.

Dalam konteks kita, akhlak Islam memancarkan sinar sehingga ramai non-Muslim di negara majmuk seperti di negara ini meminati orang Islam yang akhirnya berlakulah perkahwinan campur. Inilah antara bukti akhlak Muslim berperanan melalui platform perkhawinan.

Saya tidak menafikan bahawa kencenderungan berkahwin campur sehingga antara lain menjadi sebab bertambahnya pemeluk-pemeluk Islam di negara kita. Pada saya itu lebih baik berbanding ada yang mahukan orang Islam tapi tak mahu menjadi orang Islam.

Menyentuh mengenai petua dan pengalaman kahwin campur, pedoman hidup mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta adat budaya positif. Suami isteri hendaklah kasih mengasihi dan sama-sama mempelajari dan mengamalkan ilmu agama Islam dengan sempurna.
Hanya pendidikan Islam dan ketakwaan dapat membina rumahtangga bahagia dan mendidik anak-anak yang sempurna mengikut tuntutan Islam.

Kalau tidak, cuba fikirlah kalau suami berketurunan Islam tetapi tidak solat? Isteri pula saudara baru tetapi tidak belajar agama. Jadi, jika suami tidak tahu mengajar bagaimana dapat membentuk keluarga yang bercirikan Islam.

Pendidikan itu bermula dari diri sendiri, rumah, sekolah dan masyarakat. Oleh itu, sama-samalah kita belajar, apa yang nak dimalukan?

Kerana ilmu, kita janganlah tunggu-tunggu lagi sebagaimana maksud hadis:”Belajarlah mulai dari buaian hingga ke liang lahad.”

Sekarang cukup mudah cari tempat belajar fardu ain. Mana-mana ada, di masjid, di surau, di kelas saudara baru dan sebagainya. Dalam pada itu, pasangan kahwin campur tidak dinafikan terdedah dengan halangan keluarga.

Bahkan jika ada halangan dari orang tua pada adatnya disebabkan kejutan budaya akibat perbezaan bangsa, agama, keturunan, pendidikan dan seumpamanya. Hal ini menunjukkan jika berlakunya tentangan, biasanya ia datang dari keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran agamanya. Sebab itu apbaila didapati ada pasangan berkahwin campur, gunakan kebijaksanaan dan hikmah agar Islam tidak difitnah sebagai punca permasalahan.

Seperkara lagi jangan menghina agama ibu bapa pasangan sekalipun dia belum Islam. Kekalkanlah hubungan baik dengan ibubapa kerana tanpa mereka di mana kita sekarang?

Nasihat saya, apabila kita bertindak mengambil pasangan yang berlainan latar belakang tadi, pastikan tanggungjawab seorang anak dan ibu bapanya tidak diputuskan. Oleh itu kerapkan amalan ziarah seperti berutus berita atau telefon.

Teruskan amalan yang baik seperti menghantar duit bulanan untuk mereka atau seumpamanya. Tidak cukup dengan itu, kekalkan juga pakaian budaya bangsa selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Pun jangan dilupa, lazimkan penggunaan bahasa ibunda agar apabila datangnya tohmahan seperti seseorang yang masuk Islam itu dikatakan masuk Melayu atau seumpamanya. Insya Allah mereka akan menafikan tohmahan itu dan berkata pula dengan tegas Islam itu agama, Melayu itu bangsa. Setiap bangsa ada budaya yang baik.

Sunday, September 14, 2008


Rintihan seorang Mualaf - Kisah Duka Saudara Baru

SAUDARA BARU ADALAH SAUDARA KITA....

"Tuan...saya hanya perlukan sedikit pendahuluan untuk memulakan hidup kami sekeluarga. Saya dipanggil memulakan kerja baru di Melaka. Saya takde apa pun sekarang sebagai bekalan...." rayuan seorang saudara baru kepada kami di Hidayah Centre. 

"Sebelum ni encik kerja di mana ye?" tanya saya.

"Saya sebelum ni mempunyai bisnes sendiri bersama seorang partner dari bangsa yang sama dengan saya (India). Alhamdulillah, hidayah sampai kepada saya dan saya memeluk Islam selepas anak-anak saya. 

Saya mahu anak2 saya didedahkan dengan agama Islam yang sangat menarik hati saya. Sekarang saya, isteri dan anak2 sedang sama-sama memulakan kehidupan mengikut cara Islam. 

Namun, bisnes partner saya langsung tak menyukai penghijrahan saya ini. Bila dia dapat tahu saya telah mengubah keyakinan terhadap agama sebelum ni, pejabat telah ditukar kunci dan saya tak dibenarkan bekerja. 

Saya telah dimaki hamun dan keluarga saya telah diugut. Tiba-tiba selepas tu, saya telah jatuh sakit dengan kaki yang sangat bengkak. Saya telah ke hospital beberapa kali untuk berubat tapi masih tak pulih. 

Saya langsung tak dapat bekerja sehingga saya tiada sumber pendapatan untuk menyara keluarga saya ini.

Akhirnya seorang sahabat membantu membawa saya ke sebuah Pusat Perubatan Islam dan Alhamdulillah sakit saya mulai sembuh. 

Tuan,saya sedar mak, ayah dan adik beradik saya tidak suka saya memeluk Islam. Saya sendiri memang tak suka nak bergaduh dan berperang mulut dengan mereka atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang atas kejadian yang menimpa saya " jelasnya panjang lebar.

"MasyaAllah encik..begitu besar cabaran yang encik hadapi. Sekarang encik sekeluarga tinggal di mana?" tanya kami lagi.
"Alhamdulillah, dengan pertolongan
 seorang rakan masjid, saya telah diberi menduduki sebuah rumah sementara berhadapan dengan masjid. 

Saya berharap sangat dapat mendalami Islam bila hidup berdekatan dengan pusat agama." terangnya kepada kami.

"Saya memohon jika dapat dipinjamkan sedikit pendahuluan bagi saya memulakan hidup di tempat baru, insyaAllah bila saya dapat gaji nanti saya akan membayarnya secara ansuran."... .

Menangis saya di dalam hati bila bertemu dengan saudara seagama yang terpaksa memohon wang bagi memulakan kehidupan. Yang dimintanya hanya sekadar memenuhi keperluan asas mereka. 

Pandang diri kita....tergamak tak kita untuk meminta jika tidak kerana terpaksa...Bayangkan pulak bagaimana malunya dia untuk meminta tapi terpaksa....

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya yang muslim, maka Allah menulis untuknya dengan setiap langkah 70 kebaikan dan menghapuskan darinya 70 kejahatan. 

Jika keperluan saudaranya dipenuhi, di mukanya akan keluar dosa-dosa seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya dan jika ia mati dalam perjalanan itu maka ia masuk Syurga tanpa dihisab"

Sudilah apa kiranya sahabat-sahabat semua menyumbang ke 
Puan Ummi Roses di 019-238 6333 (Urusetia JIM) atau Hidayah Centre di:
No Telefon : +603-4108 9669
No Fax : +603-4107 1754
Emel : hidayah.centre@gmail.com

Sumbangan kepada Hidayah Centre boleh dibuat melalui :

Bank : CIMB Bank
No. Akaun : 14410009820056
Nama : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Silalah hubungi kami di talian 03-41089669/ 41073379 atau Encik Dhany 012-9307522/ Pn Rosmawati 019-2386333

*****************************************

Sebenarnya sudah banyak kisah kisah sebegini yang saya dengar sejak bergiat didalam bidang Dakwah al Islamiyah. 

Malah sa'at bermulanya saya melibatkan diri didalam aktiviti Dakwah dicetuskan oleh satu peristiwa dimana saya menyaksikan seorang mualaf dibelasah oleh sekumpulan ahli jawatankuasa Masjid Kapitan Keling pada zaman saya bekerja dikedai emas Berkat Jewellers pada tahun 1988 dahulu.

Saya telah di-izinkan majikan saya Tuan Haji Mohamad Hussain bin Tuan Haji S.M Mohamad Abdullah untuk pergi menyelamatkan orang yang sedang dipukul itu dan seterusnya telah menjadi paksi penglibatan saya didalam aktiviti Dakwah al Islamiyah yang masih saya teruskan sehingga ke saat dan ketika ini.


































Gambar kenangan saya bersama rakan rakan pendakwah saya dihadapan bangunan menara di Masjid Kapitan Keling, Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. (Dari kiri : Haji Yassin, Haji Kamarudin Abdullah, Haji Abdurrahman, saya @ Haji Zainol Abideen (Haji 1432 Hijrah).

Bacalah kisah kami seterusnya disini.

Hari ini orang yang dibelasah oleh AJK Masjid Kapitan Keling itu telah berkahwin dengan seorang wanita Melayu dan sudah mempunyai beberapa orang anak. 

Beliau telah berhenti kerja dengan MAS dan menumpukan perhatian nya sepenuh masa dengan kerja kerja Dakwah al Islamiyah.

Beliau adalah sahabat saya yang saya selamatkan dari pembantaian AJK masjid dahulu, Tuan Haji Kamarudin Santanasamy bin Abdullah. HP : 019-4115665





















Manusia mualaf ini yang dahulunya dibelasah oleh sekumpulan manusia yang mengaku Muslim kini mula dihormati oleh masyarakat Islam dinegara ini dengan menjemput beliau ke majlis majlis forum dipersada nasional seperti diiklankan disini.

Inilah dia satu kisah suka duka seorang mualaf di tanahair kita ini. Ramai lagi para mualaf di Malaysia yang terpaksa melalui ujian demi ujian didalam perjalanan mereka menuju keredhaan Allah Subahanahu Wa Ta'ala.

Ada yang hilang nyawa dibelasah oleh saudara mara mereka tetapi kejadian kejadian begitu selalunya hilang ditelan masa kerana tidak terlapor didalam media massa kerana takut menjadi pencetus konflik antara kaum.

Semuanya gara gara kurangnya perhatian masyarakat Islam di Malaysia ini terhadap nasib dan kehidupan seharian para mualaf. 

Bagi tuan puan yang ada kelebihan rezeki tu, sudi sudilah hulurkan bantuan kewangan dan bahan bahan kepada mereka. 

Insya Allah, jasa jasa tuan puan itu akan dibalas Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

kisah saudara baru...renung2kn...

by Forum Perdana Perkim:Benarkah Cinta Ini(UUM) on Saturday, November 6, 2010 at 8:57am ·
Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.Sebarkan lah, untukpengetahuan muslimin dan muslimah..... Farhan (Kisah Perjalanannya MasukIslam)

Disarankan utk share dan bace smpi habis,terutamanya pelajar2 IPT. Allahuakbar!3x

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal sayasewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Sayadilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yangmenjaga 15 buah gereja disatu kawasan diSabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadiseorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapatsokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmatmasyarakat. Pihak gereja selalunyamembekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orangkampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanyamasalah mereka dan bantu mereka. berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duitsecara spontan. Ada kami hantar keperluanharian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa kali kunjungansusulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.Paling berbaloi kami mengkristian remajaIslam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorangIslam yang dimurtadkan. Bayangkanpendapatan saya ketika masih dialampersekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakanmengambil m/pelajaran Agama Islam yangboleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanyam/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Sayamendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 sayabelajar di sekolah asrama penuh. Saya terusambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam danmemmudahkan saya menyebarkan agamakristian. Saya mempunyai beberapa soalan yangsaya kira tidak mampu dihuraikan oleh orangIslam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enambawah, saya bersemuka dengan Ustaz yangmengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu sayaada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuaidikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberaparakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgusaya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atasnama Islam,agama cikgu dan bukan atas namaKristian,agama saya". saya kemukakanbeberapa persoalan, antaranya;-Mengapa orang Islam sembah kaabahSebenarnya semua agama sama sahaja.Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islamadalah agama langit. Mengapa diakhir zaman,Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadimembebaskan kezaliman dan kekacauan danbukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalamsejarah dan hingga kini orang Islam sukapeperangan. Injil sekarang dikatakandiseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawabpertanyaan saya dankawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dankawan-kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalanyang tidak mampu saya menjawab secaratepat. Apakah boleh manusia(paderi)mengampunkan dosa manusia lain. Persoalanketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsepketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya denganbeberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya danbertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampumenjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahisaya kerana bawa 'orang malaya' datangkerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog denganustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaztu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orangberjubah. Seorang berjubah hitam membawasalib. Seorang berjubah putih membawa benderabertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yangmeminta saya membuat pilihan. Yang berjubahhitam dan berjubah putih saling menarik sayamengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitamsemakin tengelam dan yang berjubah putihsemakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,saya terjaga. Saya mendengar suara azan danustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"mengapa Johanis....awak mengigau...."


Saya pegang tangan ustaz itu, sayakatakan,"Cikgu Islamkansaya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untukdia uruskan denganpihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustazitu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.Sampai di rumah, saya lihat pakaian sayabertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telahtahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dankeluar semula denganmengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emakmenerkam dan pelurusenapang meletup keatas. Saya segerameninggalkan rumah sehelaisepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Sayabersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum sayadibawa oleh ustaz pulang ke semenanjungsebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di KualaLumpur. Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memelukIslam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2lagu dalam album pertama kumpulan Raihanadalah saduran lagu koir yang kami nyanyikandalam gereja sewaktu di Sabah dulu..wallahua'alam

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pulaMaahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerjadengan Jabatan Agama Islam. Saya banyakmasuk kawasan di Negeri Sembilan, Melakadan Pahang. Tak sampai setahun saya letakjawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwahini nak berdakwahpun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadipendakwah bebas. Saya ingin membilas dosalalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kinisaya mahu berjuang untuk mengIslamkanseramai mungkin dengan kualiti bukan kuatitisaja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepasmeninggalkan rumah dan belajar di PERKIMsaya selalu telefon ayah,emak dan adik beradiksaya. Saya katakan jangan bencikan saya. Sayasayang ayah. Saya sayang emak. saya sayangadik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayahemak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,saya hantarkan buku-buku yang sesuaimenerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon.7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. sayamenangis kerana rindukan ayah,emak dan adikberadik. Akhirnya, sewaktu saya di MaahadTahfiz, bagaikan halilintar saya mendapatberita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...sayapejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan...saya peluk erattubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memelukIslam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalaudari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihatumat Islam hari iniberpecah. Kita berpecah kerana kitameninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kitaambil sebahagian dan kita tinggalkansebahagian. Kita ambil contah pelaksanaanhukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalannak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kitacari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilahsikap umat Islam. Saya pernah berdialog denganbeberapa orang pensyarah universiti tentang isuHudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"Youapa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.Kalau ini sikap pendakwah saya tak akanmasuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana sayatahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajakmenghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masaKristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwahini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancamoleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umatIslam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran JabatanAgama,mana permit polis, sapa benarkanpungut derma dll. Saya tak gentar berdialogdengan puak Kristian,kerana saya adapengalaman tapi sukarnya bila Umat Islamsendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usahayang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah inimendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yangpura-pura masukIslam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya palingbimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orangIslam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kitaterminum 'Holy Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampioleh paderi termasukPope John Paul yang jemput Perdana Menterikitadulu (wallahua'alam). Kalau terminum,cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,Yasin 1x, 3 qul 1x,dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dansebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapatdiselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agamayangtercinta...insyaallah...Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayahpada umat Islam semua agar saling bergandingbahu membendung ramai melayu Islam menjadimurtad. kalau di barat Pendakwah Islam disanaberjaya menarik Cat Steven memeluk Islam,apakah usaha umat Islam di Malaysia.BiarbanyakGereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islamlambat laun gereja tersebut akan kosong jugakmacam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2ramai yang masuk Islam dan gereja tersebutbertukar menjadi masjid...

i convert to islam after watching this video ! 

38 famous people who converted to islam 

52 Great Famous People Converted to Islam 2010,2011 

CNN - after 9/11 she converted to ISLAM, this is WHY ? 


The biggest Malaysian Priest Catholic convert to Islam.

 

Caught on video: Allah destroys Christian Idol


 Watch this and you will convert to islam



All Muslims Must Watch This...!